MESEJ YDP

بسم الله الرحمن الرحيم …… السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Usaha membangun generasi rabbani oleh individu–individu dari pelbagai latar belakang akhirnya terakam indah dengan pelancaran rasmi sebuah organisasi NGO massa, Pertubuhan IKRAM Malaysia pada 20 Jun 2010 bertempat di Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC) Seri Kembangan, Selangor. Satu fasa baru kerja dakwah dan tarbiyah generasi abad ke-21 bermula dengan slogan “Ukhuwah Teras Kegemilang”

Proses penambahbaikan dan pemantapan tarbiah merupakan suatu usaha berterusan sehinggalah IKRAM benar-benar unggul dari segi standard kerja – kerja tarbiyah dan dakwahnya – suatu idaman perdana kita. Ayuh marilah kita yang mempunyai halatuju pemikiran yang sama, bahan tarbiyah yang sama, asas pemikiran yang sama menjauhkan perbezaan-perbezaan yang boleh kita rungkaikan melalui musyawarah dan perundingan dengan hati terbuka untuk menggerakkan IKRAM dengan semangat perjuangan sejati demi mencari redha Allah SWT.

Bagi ahli2 IKRAM di Negeri Perak dan mereka yang berminat bersama IKRAM maka ketahuilah bahawa IKRAM mengutamakan tarbiyah pembangunan ahli dari segi pemikiran, fizikal dan ruhiyah (spiritual) secara holistik dan bersepadu. Oleh itu, kita menawarkan sesi diskusi yang dinamakan halaqah dan biasanya disebut sebagai usrah sebagai satu unsur dinamik yang berterusan dalam usaha melahirkan insan cemerlang, kompeten dan berjiwa pendidik ummah yang merealisasikan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah SWT. Moga model insan2 dibangunkan atas dasar Iman, Islam dan Ihsan ini mampu untuk membangunkan masyarakat madani menerajui kegemilangan Negara menuju 2020 yang terbilang dan melihat Malaysia maju mengikut acuan Islam.

Hubungan pelbagai hala dengan semua pihak yang mempunyai hasrat murni merealisasikan Islam dalam masyarakat juga menjadi agenda utama IKRAM. Saling bekerjasama dengan semua pihak sama ada agensi kerajaan, NGO-NGO dan semua badan dalam masyarakat seperti masjid menjadi keutamaan IKRAM. Marilah kita bersatu dalam perkara-perkara prinsip melihat prioriti ummah dan bermaafan serta menghargai segala perbezaan yang boleh dari segi teknikal yang tidak menjejaskan asas – asas Islam dan Iman yang kita anuti dan yakini bersama.

Akhirnya, marilah kita bersatu hati membangun dan memacu IKRAM menuju sebuah organisasi massa demi menjayakan perubahan ummah yang menyeluruh berpaksikan Aqidah, Ibadah, Akhlak dan Kemanusiaan Sejagat berasaskan lunas-lunas perundangan negara secara hikmah bagi kegemilangan Islam masa kini dan akan datang. Moga Islam memimpin perubahan Malaysia 2020.

Yang Dipertua IKRAM PERAK

4 Responses

  1. Salam akhi, ana Megat Ikhwan, pelajar di Victoria University of Wellington, New Zealand. Ana sekarang sedang bercuti 3 bulan.. tinggal di Teluk Intan, Perak.. cumanya ana nak tanya, kalau2 ada program ikram Perak yang ana boleh join, dan nak tanya juga, usrah kabilah di perak ni dijalankan macam mana? ade ke contact number di kawasan teluk intan ni?

    Ana mula ikut usrah di INTEC UITM, seksyen 17, shah alam, dan alhamdulillah sekarang masih lagi ikut usrah.. moga dapat bantu ana.. dan untuk pengetahuan, ade 5 orang ikhwah di Perak ni yang balik bercuti sampai pertengahan Februari.. Jazakallah..

  2. Wsalam. Selamat tiba ke Malaysia. Sila hubungi P Cik at 0194803611.

  3. Assalamua’laikum, ana sudah pun mengisi borang keahlian IKRAM , dan ana menetap di Taiping. Dalam borang tersebut dinyatakan perlu dihantar pada JK Daerah, boleh pihak tuan bantu ana bagaimana untuk menghubungi JK Daerah Taiping…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: